FA Salur Wang Bantu Program Pembangunan Bola Sepak

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 10:08 AM

Pusat program pembangunan bola sepak pertama di Sheffield.

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bola Sepak England (FA) membuat pelaburan terbaharu sebanyak 200 juta pound dalam skim program pembangunan bola sepak  di peringkat akar umbi.

Projek yang dinamakan Parklife bakal menubuhkan 30 buah pusat kemudahan bola sepak di seluruh England menjelang tahun 2020.

FA bakal bekerjasama dengan Culture Media and Sport, Liga Perdana serta syarikat tempatan dalam membuat pelaburan bagi projek ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, salah satu projek yang menggunakan dana Parklife, SGP Sheffield Graves bakal dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn dan Menteri Sukan Tracey Crouch serta pengurus sementara England, Gareth Southgate.

Menurut Southgate: "Apabila berbincang dengan program pembangunan pemain, anda akan sentiasa merancang untuk tempoh pendek, sederhana dan dan jangka panjang. Ia tidak boleh pastikan apa yang berlaku dalam tempoh 12 bulan akan datang.

"Kami perlu membuat pelaburan untuk pemain muda bagi negara ini. Kita tidak akan dapat lihat hasilnya dalam tempoh satu dekad, tetapi faedahnya akan berguna untuk berdekad-dekad.

"Malah program seperti ini bukan untuk melahirkan pemain-pemain elit. Ia adalah untuk kanak-kanak dan juga komuniti".

Tags / Kata Kunci: SGP Sheffield Graves

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan