Legenda Brazil, Carlos Alberto Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 7:29 AM

Carlos Alberto.

(Ubah saiz teks)

BEKAS kapten Brazil, Carlos Alberto meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat serangan jantung.

Pemain pertahanan yang memacu Brazil menjulang trofi Piala Dunia pada 1970 menjaringkan gol keempat ketika menentang Itali dalam aksi final penuh mendebarkan itu.

Jaringannya itu disifatkan sebagai salah satu gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Dilahirkan di Rio, Carlos Alberto memulakan kariernya bersama Fluminense sebelum mewakili Santos sebanyak 400 kali di mana dia turut beraksi di samping Pele.

Carlos Alberto membarisi skuad Brazil untuk aksi Piala Dunia di mana mereka memenangi semua enam perlawanan di Mexico selepas menang kesemua aksi di peringkat kelayakan.

Selepas melakukan penampilan ke-53 untuk negara, Carlos Alberto menamatkan kariernya di New York Cosmos pada 1982 sebelum beralih arah ke bidang pengurusan.

Bintang Brazil itu turut mengemudi pelbagai pasukan dari tahun 1980 hingga 2000 antaranya, Flamengo (1983-85 & 2001-02) sebelum menamatkan karier kejurulatihannya bersama Azerbaijan pada 2005.

Tags / Kata Kunci: Carlos Alberto , meninggal dunia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan