Popov Tolak Tawaran Kendali Kelantan Musim Depan

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov (gambar) menolak tawaran untuk menyambung kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada musim depan.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya menerima surat secara rasmi daripada Popov hari ini berhubung penolakan tawaran untuk melanjutkan perkhidmatannya bagi saingan Liga Malaysia 2017.

"Pagi ini KAFA telah menerima surat rasmi daripada Popov yang menolak tawaran dengan alasan hal peribadi dan keluarga.

"Untuk makluman, KAFA telah membuat tawaran penyambungan kontrak setahun lagi kepada beliau dengan kenaikan gaji sebanyak 60 peratus," katanya menerusi entri di laman Facebooknya pada Ahad.

Annuar, yang mewakili KAFA turut mengucapkan terima kasih di atas khidmat cemerlang yang ditunjukkan Popov selama enam bulan mengemudi The Red Warriors pada musim ini.

"Popov dijemput berkhidmat atas dasar persahabatan (dengan KAFA) sejak sekian lama dengan gaji yang tidak lebih daripada bayaran yang diberikan kepada jurulatih tempatan sebelumnya.

"Saya amat memahami pelbagai kesukaran dan cabaran yang dilaluinya di Kelantan. Beliau seorang profesional yang baik, mungkin kita belum mampu memilikinya dan jurulatih baharu belum dapat ditentukan lagi," katanya.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Maldives itu menyertai Kelantan sejak pertengahan musim lalu bagi menggantikan K Devan yang meninggalkan pasukan tersebut susulan prestasi terumbang-ambing dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Di bawah kendalian Popov, Kelantan berada pada kedudukan keempat Liga Super dengan lapan kemenangan, lima seri serta enam kekalahan selepas mengumpul 30 mata.

Kelantan bagaimanapun tewas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Annuar Musa

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan