Melaka United Juara Liga Perdana 2016

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 9:29 AM

Pasukan Melaka United menjulang Piala Liga Perdana 2016 selepas menjadi juara Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Sabtu malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka United yang telah dinobat sebagai juara Liga Perdana tahun ini gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan tercorot liga, Sime Darby dalam perlawanan terakhir liga itu di sini, Sabtu malam.

Di hadapan kira-kira 35,000 penonton di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam Sabtu, kedatangan penyokong di tempat sendiri teramai bagi pasukan itu musim ini, Melaka United yang lebih menguasai permainan gagal membuat tindakan penyudah untuk deretan peluang yang diperolehnya.

Melaka United terlebih dahulu memperoleh peluang menjaringkan gol pada minit ke-14 apabila Kapten Ilija Spasojevic mendapat bola hantaran Labinot Harbuzi dalam kotak penalti namun rembatannya berjaya dihalang pemain pertahanan lawan.

Sime Darby turut memperolehi peluang pada minit ke-26 apabila Mateo Roskam membuat hantaran lintang rendah kepada Tengku Qayyum Ubaidillah namun rembatannya tersasar.

Kemasukan penyerang muda Melaka United, Nurshamil Abdul Ghani pada minit ke-36 menggantikan Harbuzi yang cedera nyata menambah sengat kepada serangan anak buah Mohd Zan Mat Aris.

Nurshamil berjaya memperoleh dua peluang pada minit ke-51 dan 56 untuk menjaringkan gol namun rembatannya tersasar.

Di sebalik serangan bertali arus skuad Sang Kancil, Sime Darby dilatih Drago Mamic terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-79 apabila Roskam berjaya mengelecek bola menewaskan permain pertahanan dan merembat menewaskan penjaga gol Muhamad Syazwan Yusoff.

Sepakan percuma diperolehi Melaka United pada minit akhir perlawanan iaitu minit ke-91, apabila Spasojevic dijatuhkan pemain lawan, tidak disia-siakan Mohd Saiful Mustafa apabila berjaya menemui penjuru kiri gol menewaskan Mohamad Redzuan Harun.

Keputusan pada Sabtu malam tidak mengubah kedudukan Melaka United yang kekal di tangga teratas liga dengan 50 mata dan Sime Darby kekal di tangga tercorot liga dengan 12 mata.

Melaka United dan penyokongnya meraikan kejayaan menjuarai liga apabila menerima trofi Liga Perdana daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob selepas perlawanan itu. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan