Ajax Jadikan Saya Popular - Luis Suarez

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 8:06 AM

Luis Suarez. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

LUIS Suarez mahu berada di Barcelona sehingga kerjayanya berkahir tetapi juga mahu kembali ke kelabnya sebelum ini, Ajax walaupun sekadar untuk mengucapkan terima kasih.

Pemain kelahiran Uruguay memperkukuhkan dirinya sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia selepas berhijrah ke Nou Camp dua tahun lalu.

Beliau mempunyai hasrat untuk terus berada di kelab gergasi itu sehingga bersara.

Suarez menyerati beliau perlu bermain pada tahap tertinggi untuk terus kekal di kelab itu.

"Semua impian saya menjadi kenyataan di Barcelona dan berharap untuk berada di sini sehingga menamatkan kerjaya saya," katanya kepada De Telegraaf.

"Tetapi saya perlu bermain pada tahap tertinggi.

"Sudah tentu, saya mahu kembali ke Ajax suatu hari nanti, walaupun ia hanya sekadar untuk mengucapkan terima kasih kepada Ajax. 

"Ajax merupkan kelab yang menjadikan saya terkenal di Eropah," ujar pemain itu.

Suarez menjaringkan 111 gol dalam hanya 159 kemunculan semasa bersama Ajax.

Sebelum berhijrah ke Barcelona, pemain berusia 29 tahun itu terlebih dahulu menyertai Liverpool. - Mail Online

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan