'Jodoh' Mat Zan Bersama Melaka United Berakhir - Bola Sepak | mStar

'Jodoh' Mat Zan Bersama Melaka United Berakhir

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 8:47 PM

Mat Zan dijulang pemain-pemain selepas Melaka United dinobatkan sebagai juara Liga Perdana musim ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: 'Jodoh' Mat Zan Mat Aris bersama Melaka United berakhir selepas khidmatnya tidak lagi diperlukan untuk mengharungan saingan Liga Super musim depan.

Pengendali berusia 58 tahun yang telah berjaya membawa Melaka United menjuarai Liga Perdana musim ini selepas merangkul trofi Piala FAM musim lalu, namun Mat Zan bukan lagi sebahagian daripada perancangan Persatuan Bola Sepak Melaka (MFA) untuk saingan Liga Super musim depan.

Perlawanan bertemu Sime Darby yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada Sabtu lalu merupakan sentuhan sentuhan terakhir Mat Zan untuk skuad Melaka United yang mengumpul 50 mata keseluruhan musim ini.

"Aksi Sabtu lalu adalah yang terkahir bersama Melaka. Pihak pengurusan mahu membuat perubahan baharu bagi barisan kejurulatihan.

"Mungkin mereka mahu jurulatih asing dan pemain-pemain yang lebih baik. Saya tidak pasti perancangan sebenar mereka," jelas Mat Zan.

Menurut Mat Zan, kontraknya bersama Melaka United telah berakhir pada Ogos lalu dan dalam tempoh dua bulan dia berada dalam situasi tanda tanya mengenai statusnya.

"Pihak pengurusan akan bertemu dengan barisan kejurulatihan dan semua pemain esok (Isnin). Tetapi saya tidak menyertai perjumpaan itu dan saya tidak rasa mereka layan saya secara adil," ujar Mat Zan.

Bekas pemain kebangsaan itu menyertai Melaka pada tahun 2014 ketika skuad berada keadaan tidak menentu. Dalam tempoh satu musim, Mat Zan berjaya membawa mereka beraksi dalam kepada Liga Perdana dari Liga FAM.

Malah Mat Zan juga berjaya meletakkan Melaka United berada dalam saingan liga utama, Liga Super untuk musim depan.

"Saya tidak kisah melatih skuad dalam mana-mana liga. Ia mungkin pasukan Liga FAM, Liga Perdana atau Liga Super.

"Apa yang penting pasukan perlu mempunyai cita-cita dan keazaman untuk mencapai sesuatu yang lebih baik," tambah Mat Zan. 

Tags / Kata Kunci: Mat Zan Mat Aris , melaka United
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan