Neymar Lanjut Kontrak Lima Tahun Bersama Barca

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 8:00 AM

Neymar sempat bergambar semasa menghadiri mesyuarat di ibu pejabat FC Barcelona di Barcelona, Jumaat. Penyerang Brazil ini melanjutkan kontrak dengan Barcelona sehingga Jun 2021. -fotoEPA/FC BARCELONA

(Ubah saiz teks)

BINTANG Barcelona Neymar akhirnya menandatangani kontrak baharu selama lima tahun, yang menyaksikan dia akan bersama kelab itu sehingga 2021.

Barcelona sudah mengesahkan pemain itu bersetuju memperbaharui kontraknya pada Julai lalu tetapi perjanjian hanya ditandatangani pada Jumaat.

Pemain antarabangsa Brazil berusia 24 tahun itu bersetuju dengan perjanjian ini, yang meningkatkan klausa belian berjumlah 200 juta euro (£178 juta) pada 1 Julai.


Klausa itu meningkat kepada 222 juta euro (£200 juta) pada tahun kedua dan 250 juta euro untuk baki kontrak tiga tahun.

Neymar telah menjaringkan 91 gol dalam 150 perlawanan untuk kelab sejak berpindah pada tahun 2013.

"Lanjutan kontrak Neymar adalah satu berita yang besar," kata jurulatih Barca Luis Enrique.

"Ia menunjukkan perkembangannya dengan Barca dan tahap persembahan yang menjadikannya salah seorang pemain terbaik di dunia.

"Dia selesa di kelab, dengan rakan sepasukannya, memenangi gelaran, dan perasaan itu adalah satu kebersamaan."


Perpindahannya dari Santos tiga tahun lalu bagaimanapun sedang disiasat oleh La Liga.

Kelab Catalan mengatakan mereka telah membayar sebanyak 57 juta euro, dengan ibu bapa pemain itu menerima 40 juta dan Santos 17 juta.

Pada Jun, mereka membayar denda 5.5 juta euro selepas dituduh dalam penipuan cukai, yang mereka nafikan.
Tags / Kata Kunci: Neymar , lanjutan kontrak , Luis Enrique

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan