Walaupun 'Musuh', Mourinho Layak Disambut Baik - Conte - Bola Sepak | mStar

Walaupun 'Musuh', Mourinho Layak Disambut Baik - Conte

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte mahu mengingatkan Jose Mourinho bahawa dia adalah 'musuh' apabila Manchester United bertandang di Stamford Brige pada Ahad ini bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Conte mengharapkan penyokong-penyokong Chelsea tetap menghormati Mourinho berdasarkan pencapaiannya.

Namun bekas pengurus Itali itu bejanji untuk tidak sekadar bermain tetapi mahu mengutip mata ke atas skuad Mourinho itu.

"Apabila berjaya membawa pasukan menjulang trofi kejuaraan sebanyak tiga kali, anda akan sentiasa di hati penyokong.

"Dia adalah pengurus penting di Chelsea dan sebahagian besar kejayaan dalam kariernya. Dia layak menerima sambutan baik, tetapi apabila wisel berbunyi, dia adalah musuh, seperti juga pemain-pemain Manchester United.

"Kami berdepan dengan pasukan lebih kuat dan bukannya Jose Mourinho. Amat penting untuk memberi fokus di padang dan melihat United sebagai lawan," jelas Conte.

Mourinho meninggalkan Chelsea Disember lalu selepas The Blues berada di tangga ke-16 liga.

"Selepas mengalami musim buruk, sudah tentu ia meninggalkan kesan di fikiran pemain.

"Ini adalah risiko hilangnya keyakinan dalam diri pemain.

"Musim ini amat penting bagi Chelsea dan anda perlu mengubah apa yang berlaku musim lalu. Tetapi ianya bukan mudah," tambah Conte.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan