Kedah Akhiri Aksi Liga Super Dengan Kemenangan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 11:26 PM

Foto Facebook Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah

(Ubah saiz teks)

KEDAH menutup tirai saingan Liga Super musim ini dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas naib juara liga Felda United di Stadium Darul Aman.

Pada perlawanan itu, pemain Kedah turun tanpa Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe yang berada di Kosovo atas urusan tertentu.

Bagaimanapun, ketiadaan Cheng Hoe tidak merencatkan aksi pemain Kedah yang dibimbing oleh Nizam Adha Yusof sebagai penolong jurulatih.

Pada minit ke-17 pelawat hampir menjaringkan gol namun tendangan kencang pemain pertahanan kirinya, Mohd Aizul Ridzwan terkena palang gawang tuan rumah.

Tersentak dengan aksi pemain Felda, Kedah bangkit mengatur serangan dengan Thiago Augusto yang merupakan bekas pemain Felda menjadi sebagai penyerang utama.

Hasilnya, Augusto hampir mendapatkan gol pada minit ke-20, namun bola tandukannya berjaya ditangkap kemas oleh Mohd Farizal Harun.

Bersambung babak kedua, Kedah yang bakal beraksi di pentas final Piala Malaysia pada minggu depan kembali mengatur serangan bagi memastikan kemenangan menjadi miliknya.

Namun, ia tidak mudah untuk dilaksanakan apbila Felda juga mempunyai barisan pertahanan ampuh.

Ketika perlawanan semakin menuju penghujungnya, Kedah membuat pertukaran dengan memasukan Shane Smeltz dan mengeluarkan Hanif Md Dzahir.

Hasilnya ternyata berbaloi apabila, Smeltz berjaya memecah kebuntuan jaringan selepas mendapat lorongan daripada Liridon Krasniq.

Kedudukan 1-0  itu kekal sehingga akhir perlawanan walaupun Felda cuba menyamakan kedudukan menerusi serangan balas.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan