Pengambilalihan Pelabur China 'Bunuh' Bola Sepak Itali

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 4:13 PM

Gianluigi Buffon.

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Juventus, Gianluigi Buffon menyifatkan penjualan Inter Milan dan AC Milan kepada pelabur China sebagai kekalahan kepada bola sepak Itali.

Presiden China, Xi Jinping merancang untuk mengembangkan pengaruh negara itu di peringkat global dalam arena sukan dan pelabur dari negara Tembok Besar tersebut sedang mengintai perjanjian lumayan terhadap kelab Eropah pada tahun ini.

Peruncit elektronik, Suning membeli hampir 70 peratus saham Inter Milan bernilai 270 juta euro pada Jun manakala konsortium pelabur China menandatangani satu perjanjian awal pada Ogos untuk membeli saham AC Milan.

"Ia satu kekalahan kepada bola sepak Itali. Itali sebagai sebuah negara, tradisi, segala-galanya.

"Kita mahukan identiti Itali tapi jika selepas 30 tahun, kelab Itali mengalami saat sukar dengan lima tahun di tempat ke-10, maka kita tidak boleh menerimanya," kata Buffon.

AC Milan yang menduduki tangga ketiga pada aksi Serie A tidak memenangi gelaran juara liga domestik sejak lima tahun lalu.

Malah lebih teruk mereka gagal melayakkan diri ke pentas Eropah buat kali ketiga berturut-turut musim lalu.

Inter Milan pula yang berada di tempat ke-11 tidak pernah menjuarai trofi liga sejak Jose Mourinho mengemudi pasukan itu memenangi treble pada musim 2009-2010 dan tidak mara ke aksi Liga Juara-Juara sejak lima tahun lalu.

Buffon yang mahu bersara selepas kempen Piala Dunia 2018 berkata dia terbuka untuk membimbing pasukan kebangsaan itu sekiranya menggantung but.

Namun dia menolak untuk menguruskan sesebuah kelab kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Tags / Kata Kunci: Gianluigi Buffon , Itali , pelabur China

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan