Liga Juara-Juara: Man City Pulang Tangan Kosong, Barcelona Raih 4 Gol

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 7:46 AM

Lionel Messi (tengah) menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara antara Barcelona dan Manchester City di Stadium Camp Nou, Barcelona pada awal pagi Khamis, Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola tergamam saat pemain Barcelona, Lionel Messi menjaringkan tiga gol pada perlawanan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara antara Manchester City dan Barcelona, awal pagi Khamis.

Pengurus Manchester City itu sudah dapat merasakan skuadnya terpaksa pulang dengan tangan kosong sewaktu bertandang di kubu lawan di Stadium Camp Nou, Barcelona.

Messi tampil cemerlang menerusi tiga jaringan pada minit ke-17, 61 dan 69.

Satu gol lagi buat Barcelona dihasilkan oleh Neymar pada minit ke 89.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan