JDT Kandas Di Separuh Akhir, Gagal Pertahan Piala AFC

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 7:21 AM

Pemain Benggaluru, Vineeth (kanan) cuba mengatasi bola daripada pemain JDT, Aidil Zafuan (tengah) pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, Rabu malam. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impian kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala AFC tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Bengaluru FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, Rabu malam.

Kekalahan itu bererti JDT tersingkir menerusi agregat 2-4 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam pertemuan pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Beraksi tanpa tiga tonggak pasukan, Amri Yahyah, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero jelas menjejaskan rentak permainan JDT yang sedikit goyah sewaktu menyerang.

JDT bermula baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi ketua pasukan Safiq Rahim yang menanduk bola hasil tangkapan kurang kemas penjaga gol Bengaluru sewaktu cuba menyelamatkan rembatan kencang Safee Sali.  

Namun Bengaluru menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi Sunil Chettri yang menanduk masuk sepakan sudut Eugeneson Lyngdoh. 

Babak kedua menyaksikan penguasaan bola lebih dimiliki Bengaluru yang banyak mengatur serangan ke kubu JDT.

Hasilnya pada minit ke-67, sepakan lencong Sunil dari luar kotak penalti berjaya menembusi gawang JDT untuk membolehkan pasukannya mendahului 2-1.

JDT terus dirundung malang apabila dihukum jaringan ketiga tuan rumah menerusi Juan Antonio yang menanduk masuk sepakan percuma pada minit ke-75, untuk kedudukan 3-1 yang kekal hingga tamat perlawanan.  

Bengaluru akan bertemu Air Force Club dalam aksi final pada 5 November depan, selepas kelab dari Iraq itu menewaskan Al Ahed dari Lubnan dengan agregat 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan