Ricksen Jadi Tetamu Kehormat Ronaldo

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 7:43 AM

(Ubah saiz teks)

IKON Rangers menjadi tetamu kehormat Real Madrid yang menang ke atas Legia Warsaw dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu, selepas menerima jemputan peribadi daripada Cristiano Ronaldo.

Ricksen, 40, telah bermain untuk Rangers hampir 200 kali dan kini sedang berjuang untuk hidup selepas menghidap penyakit motor nuerone (MND).

Ronaldo, bintang yang sering membuat amal itu telah menjemput Ricksen ke kotak peribadinya di Santiago Bernabeau yang menyaksikan pasukannya menang 5-1.

Isteri Ricksen, Veronica telah memuat naik gambar Ricksen bersama Ronaldo dan Presiden Real Madrid Florentino Perez di Twitter dan menyifatkannya sebagai 'impian menjadi kenyataan' untuk anak perempuan mereka Isabella.

Malah Ronaldo, juara Euro 2016 yang mempunyai banyak rekod amal itu, turut menghadiahkan Ricksen dengan baju yang dipakainya semasa perlawanan.

Peminat segera memuji tindakan Ronaldo di media sosial dan berharap Ricksen dapat menguatkan semangatnya.

Ricksen baru-baru ini telah diraikan oleh kawan-kawannya, legenda bola sepak, dan ramai bekas rakan sepasukannya dalam satu majlis amal gilang-gemilang di Glasgow.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Ricksen

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan