Man City Akan Bersaing Dapat Lionel Messi

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 9:03 AM

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola mengumumkan Manchester City sedia menerima bintang Argentina, Lionel Messi jika pemain itu ingin meninggalkan Barcelona.

Malah, kelab itu juga akan berada di barisan paling depan untuk bersaing mendapatkan pemain sensasi tersebut walaupun mungkin sukar untuk Messi meninggalkan Nou Camp.

Bekas pengendali Barcelona itu memberikan tawaran tersebut dalam sidang media pra perlawanan menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu.

"Mengenai Messi, saya sangat berharap dia akan terus bermain di sini (Barcelona) dan menamatkan kariernya di sini.

"Tapi mungkin dia akan berfikir "ok saya akan bermain untuk kelab lain" untuk memberi peluang anaknya belajar bercakap English atau mencari kelainan seperti yang berlaku kepada banyak pemain.

"Jika itu berlaku, sudah pasti terdapat tujuh atau lapan kelab akan beratur untuk mendapatkannya. Ketika itu kami juga akan bersaing untuk membawanya ke Manchester City," katanya.

Guardiola berkata demikian selepas dikaitkan dengan khabar angin bahawa telah menghubungi Messi pada awal musim lalu untuk mempengaruhi pemain berkenaan meninggalkan Barcelona. - Mirror




Tags / Kata Kunci: Barcelona , Manchester City

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan