Piala Malaysia: Kedah, Selangor Berentap Di Stadium Shah Alam

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 7:06 PM

Perlawanan akhir antara Kedah dan Selangor pada Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lokasi dan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 antara Selangor dan Kedah telah ditetapkan di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata, keputusan untuk menentukan lokasi dan tarikh perlawanan akhir itu dibuat berdasarkan persetujuan oleh kedua-dua pasukan iaitu Kedah dan Selangor.

"Kedah akan bermain sebagai pasukan tuan rumah manakala Selangor pula sebagai pelawat.

"Tiket-tiket perlawanan akan mula dijual pada 26 Oktober secara serentak di Stadium Shah Alam untuk penyokong Selangor dan di Stadium Darul Aman bagi penyokong Kedah," jelas beliau kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia pada Isnin.

Menurut Kevin, sebanyak 70,000 keping tiket disediakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-90 ini.

"Kedah dan Selangor masing-masing akan menerima 30,000 keping tiket berharga RM50 sekeping dan tambahan 750 tiket kanak-kanak beharga RM5 sekeping untuk setiap pasukan.

"Dan bagi pembelian secara atas talian (online), sebanyak 10,000 tiket disediakan bagi dewasa dan 500 keping untuk kanak-kanak," jelas Kevin.


Dalam pada itu, Ketua Polis Shah Alam, ASP Shafien Mamat memberi amaran kepada penyokong kedua-dua pasukan agar tidak membawa barang-barang yang terlarang ke dalam stadium.

"Pintu stadium akan dibuka seawal pukul 4 petang (pada 30 Oktober) dan saya berharap tidak ada barang-barang atau objek yang boleh mengganggu perlawanan.

"Manakala hanya tujuh peralatan dram dibenarkan dibawa masuk dan peralatan itu akan diperiksa terlebih dahulu.

"Kira-kira 2,000 anggota beruniform termasuk bomba, FRU dan lain-lain bertugas pada perlawanan akhir ini.

"Kami juga akan menyediakan pasukan keselamatan berkuda bagi melancarkan proses pemantauan di sekitar stadium," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , Kedah , Selangor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan