Agregat 2-1: Kedah Ke Final Piala Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 12:01 AM

Pemain Kedah, Thiago Augusto (jersi kuning) cuba melepasi halangan pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Sabtu malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KEDAH berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menang dengan agregat 2-1 menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua itu, kedua-dua pasukan terikat 0-0 sekaligus memberikan kemenangan kepada skuad hijau kuning hasil kejayaan separuh akhir pertama di Alor Setar.

Kejayaan itu turut mengulangi pertembungan final musim lalu antara Kedah menentang Selangor.

Dalam perlawanan berkenaan, Kedah turun tanpa dua tonggak utama iaitu Syazwan Zainon dan Khairul Helmi Johari.

Namun kekurangan itu tidak merencatkan perancangan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe untuk melakukan serangan sejak awal permainan.

Bagaimanapun, menyedari kelebihan jaringan di tempat lawan, PDRM turut melakukan serangan balas untuk menjadikan kedudukan agregat 2-2.

Malangnya, pertahanan pasukan pelawat ternyata ampuh untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Pada minit ke-12 peluang terbaik Kedah untuk mendapatkan gol hadir menerusi hantaran cantik Thiago Augusto dari sebelah kanan kotak penalti yang berjaya ditanduk oleh Shane Edward Smeltz, namun bola melewati palang gol.

Bersambung babak kedua, PDRM dan Kedah kembali mengatur serangan manakala pasukan tuan rumah cuba melakukan serangan mengejut untuk mengambil kesempatan mendapatkan gol.

Namun, tindakan pertahanan Kedah yang memberi sepenuh tumpuan dengan tahap disiplin terbaik menyekat hasrat barisan serangan PDRM.

Ketika permainan menuju ke penghujungnya, Cheng Hoe membuat pertukaran dengan memasukkan Syazwan dan Farhan Roslan untuk menajamkan barisan serangan.

Bagaimanapun keputusan 0-0 kekal sehingga perlawanan ditamatkan untuk melayakkan Kedah ke pentas final.

Suasana stadium turut gamat apabila wisel terakhir ditiup dengan pemain dan penyokong meraikan kemenangan Kedah.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan