Ronaldo Dipilih Pemain Terbaik Liga Juara-Juara, Puji Zidane

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 6:26 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemain terbaik Liga Juara-Juara musim lalu oleh akhbar sukan dari Sepanyol dan Itali, MARCA serta Gazzetta Dello Sport.

Pemain antarabangsa Portugis itu merakam 16 gol dalam 51 perlawanan keseluruhan dalam membantu Real merangkul trofi ke-11 Piala Eropah/Liga Juara-Juara serta mengibar bendera negaranya sebagai juara Euro 2016 sekaligus menjadi pilihan untuk meraih anugerah Ballon d'Or.

Ronaldo,31, menjelaskan dia bersedia untuk meneruskan komitmennya di Bernabeu untuk tempoh panjang dan dalam masa sama turut memuji jurulatihnya, Zinedine Zidane.

"Merangkul trofi Liga Juara-Juara dan Euro dianggap sebagai saat paling indah dalam karier saya," jelasnya kepada MARCA.

"Ia membuatkan saya ingin terus bekerja di kelab ini dan kekal bersama Real Madrid untuk tahun-tahun yang akan datang.

"Walaupun berdepan dengan kesukaran apabila Luka Modric dan Sergio Ramos mengalami kecederaan, tetapi kami merupakan sebuah skuad yang besar dan mempunyai kualiti," katanya.

Mengenai jurulatihnya, Ronaldo berkata, Zinade seorang yang tenang yang mempunyai persamaan dengan bekas pengurusnya sebelum ini, Carlo Ancelotti.

Ronaldo bersama jurulatihnya, Zidane.


"Dia (Zidane) dia sangat mengenali kelab ini dan seorang pendengar sekaligus memberi kelebihan besar kepadanya.

"Zizou sangat tenang, profesional dan suka bekerja".

Dalam pada itu, Ronaldo berkongsi gambarnya memegang anugerah dengan kapsyen: Gracias/Grazie to the readers of Marca and Gazzetta dello Sport for this award. Wouldn't have been possible without my team mates. Thank you all!'

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Real Madrid , Zizou

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan