Penyokong Negeri Sembilan Diminta Hadir Meriahkan Aksi Malam Esok

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 1:11 PM

Trofi Piala Agong menjadi rebutan antara pasukan Negeri Sembilan dan Perak. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Penyokong Negeri Sembilan diminta hadir beramai-ramai memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Agong 2016 menentang Perak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, malam Sabtu.

Perlawanan yang akan bermula pada pukul 8.45 malam itu adalah perlawanan pembuka tirai Kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-76 pada tahun ini.

Negeri Sembilan adalah juara Piala Emas Raja-Raja 2015, manakala Perak merupakan juara Piala Agong 2015.

Pasukan yang memenangi Piala Agong akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan Abdul Rafi Abdul Murad berkata penglibatan penyokong penting kerana mampu menaikkan semangat pemain untuk beraksi cemerlang.

"Saya harap penyokong memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan sehingga ke tiupan wisel terakhir. Bagaimanapun, pada masa yang sama saya mengingatkan mereka (penyokong) supaya tidak membuat kecoh. Saya yakin ramai penyokong akan ke stadium malam esok kerana masuk adalah percuma," katanya.

Beliau yang juga penolong pengurus pasukan berkata Piala Agong adalah piala idaman Negeri Sembilan kerana ini merupakan kali pertama pasukan itu melayakkan diri bersaing untuk merebut piala itu.

"Kita menaruh harapan tinggi untuk memenanginya dan saya yakin kita mampu memberi saingan kepada pasukan lawan," katanya.

Perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2016 pada saingan peringkat kumpulan akan bermula pada 4 November ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Negeri Sembilan , Piala Agong 2016

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan