Liverpool, United Beri Kata Dua Kepada Penyokong - Bola Sepak | mStar

Liverpool, United Beri Kata Dua Kepada Penyokong

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 7:14 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL: Liverpool dan Manchester United memberi amaran kepada penyokong masing-masing supaya tidak melakukan perbuatan menyinggung dan diskriminasi pada pertembungan kedua-dua pasukan itu, awal pagi Selasa ini.

Kedua-dua kelab itu menerusi kenyataan bersama berkata sekiranya penyokong gagal mengawal kelakuan masing-masing, mereka akan dihalau dari Anfield dan berdepan pertuduhan jenayah.

Kedua-dua kelab Inggeris itu pernah didenda oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sebelum ini berikutan beberapa kesalahan termasuk sorakan yang tidak dibenarkan pada aksi Liga Europa, Mac lalu.

Kedua-dua kelab itu didenda 40,000 Euro (RM186,000) bagi setiap sorakan yang dikeluarkan oleh penyokong masing-masing.

"Perlawanan ini adalah satu pertembungan hebat antara kedua-dua penyokong, jadi kami mahu anda semua supaya menghormati dan tidak melakukan sebarang tindakan yang menyinggung serta berbentuk diskriminasi.

"Jika ada penyokong yang ditangkap melakukan kesalahan itu oleh pengawal atau kamera litar tertutup (CCTV), mereka akan terus dihalau keluar daripada stadium, ditahan dan didakwa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kelab," kata kedua-dua kelab itu.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menjangkakan aksi penuh mendebarkan susulan suasana perlawanan yang begitu hangat.

Liverpool berjaya menundukkan United daripada Liga Europa musim lalu, namun gagal menewaskan Red Devils dalam saingan domestik sejak Mac 2014.

"Kami tidak sabar menunggu perlawanan yang pastinya akan menjadi aksi penuh menghiburkan di Anfield. Perlawanan Liga Europa itu sememangnya sangat bagus kerana ia begitu sengit dan kompetitif.

"Kami beraksi lebih baik pada perlawanan pertama di Anfield dan atmosfera yang hebat memberikan inspirasi kepada pemain.

"Suasana sedikit sebanyak mempengaruhi perlawanan dan itulah yang terjadi. Kemenangan ke atas United membuktikan apa yang suasana boleh lakukan," kata Klopp.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Manchester United , Anfield
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan