Reece Oxford Tolak Spekulasi Kontrak Baharu West Ham - Bola Sepak | mStar

Reece Oxford Tolak Spekulasi Kontrak Baharu West Ham

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 7:28 AM

Reece Oxford. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

REECE Oxford menolak spekulasi mengenai beliau bakal menandatangani kontrak baharu di West Ham.

Khabar angin dijadikan bahan lucu buat pemain West Ham itu di media sosial.

Dilaporkan, pemain berusia 17 tahun itu menulis di Twitter: "Mendengar beberapa perkara lucu baru-baru ini."

Sportsmail mendedahkan Oxford dikaitkan dengan rundingan mengenai kontrak baharu yang belum dimuktamad di Stadium London.

Kontraknya kini akan tamat pada akhir musim depan, tetapi Oxford telah memberi gambaran bahawa tiada persetujuan berhubung lanjutan kontrak telah dimuktamadkan.

Manchester United kini sedang berusaha untuk mendapatkan Oxford sekiranya pemain berbakat itu memutuskan untuk keluar dari West Ham pada akhir musim. 

Selain itu, Arsenal dan Manchester City turut berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan itu yang juga boleh menjadi pemain tengah. - Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan