Rooney Digugurkan Jumpa Slovenia

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 8:15 AM

Wayne Rooney.

(Ubah saiz teks)

WAYNE Rooney tidak akan diturunkan dalam kesebelasan utama England menentang Slovenia pada kempen pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2018 pada awal pagi Rabu.

Perkara itu disahkan oleh pengurus skuad The Three Lions, Gareth Southgate pada Selasa.

Southgate berkata keputusan itu dibuat berdasarkan analisis terhadap pasukan Slovenia dan tiada kaitan dengan prestasi semasa Rooney.

"Ia amat mudah, kami meneliti pasukan Slovenia dan cara mereka beraksi dan dari apa yang saya lihat pada minggu lalu, saya tahu pemain tengah yang diperlukan untuk perlawanan ini.

"Ini sama sekali tidak mencerminkan prestasinya pada Sabtu. Kami sangat gembira dengan cara dia bermain," kata Southgate.

Southgate yang mengambil alih jawatan yang ditinggalkan Sam Allardyce menegaskan Rooney masih lagi kekal sebagai kapten pasukan itu.

"Dia masih kapten pasukan selagi England di bawah kendalian saya. Saya masih waras semasa membuat keputusan itu," katanya.

Sementara itu, Rooney berkata beliau memahami dan menghormati keputusan Southgate meskipun kecewa tidak diturunkan.

"Sudah semestinya anda mahu bermain. Namun saya akur dan akan menyokong rakan lain 100 peratus.

"Saya beraksi selama 13 tahun untuk England. Akan tiba masanya nama anda tidak tersenarai dalam skuad utama," kata Rooney.

Southgate mengesahkan Jordan Henderson akan menggantikan Rooney selaku kapten pada pertembungan itu nanti.



Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , England

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan