Pogba Sumbat Gol, Bantu Perancis Benam Belanda

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 7:23 AM

Pogba meraikan jaringannya.

(Ubah saiz teks)

PAUL Pogba menjaringkan gol dari jarak 30 ela untuk memberikan Perancis kemenangan 1-0 ke atas Belanda pada kempen pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2018 di Amsterdam Arena, awal pagi Selasa.

Pemain tengah Manchester United itu yang bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini berjaya menjinakkan penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg pada minit ke-30.

Ia merupakan gol tunggal pada perlawanan tersebut.

Dengan kemenangan itu Perancis kini menduduki tangga teratas Kumpulan A manakala Sweden di tempat kedua dengan berkongsi tujuh mata.

Belanda pula di kedudukan ketiga dengan empat mata.

Perlawanan itu turut menyaksikan pasukan tuan rumah dibelenggu masalah kecederaan apabila Quincy Promes terpaksa digantikan manakala Georginio Wijnaldum cedera di bahagian hamstring.

Meskipun menang, Perancis gagal mendominasi keseluruhan permainan.

Malah aksi sengit yang dipamerkan Belanda memaksa penjaga gol Perancis, Hugo Lloris menampan beberapa percubaan berbahaya termasuk rembatan kencang Memphis Depay.



iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan