FAM: Saya Tidak Kisah Apa Jawatan - Tony Fernandes

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 6:32 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengambil pendirian untuk 'tunggu dan lihat' mengenai jawatan yang bakal dicalonkan kepadanya dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu menegaskan bahawa beliau sedia untuk membantu membangunkan bola sepak negara.

"Saya cintakan bola sepak. Kita lihat siapa yang mahukan saya.... lihat jika saya boleh menyumbang.

"Tidak semestinya saya perlu jadi Presiden FAM. Ada banyak peranan lagi. Mungkin ada (calon) yang lebih baik untuk memegang jawatan itu.

"Kita komited kepada bola sepak Malaysia. Begitu juga saya. Apa sahaja jawatan saya dapat, jika saya dapat... saya tidak kisah," katanya kepada pemberita pada majlis gala AirAsia menghadiahkan penerbangan percuma kepada pemenang pingat paralimpik Asean di Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia (AACE) di sini, Selasa.

Pemilik kelab Liga Perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR) itu sebelum ini memberi bayangan mengenai kesediaannya untuk memimpin FAM sekiranya diberi peluang.

Mengenai bola sepak tempatan, Tony berkata, beliau komited dengan pasukan AirAsia FC dan mahu menubuhkan akademi bola sepak.

"Saya mahu membawa pengalaman yang kita pelajari dari England, termasuk mendapatkan bakat-bakat baharu. Saya mahu menggunakan pengalaman itu di Malaysia, dan menubuhkan Akademi AirAsia," katanya.

Sehubungan itu, kata Tony, beliau akan membantu membangunkan bola sepak negara tanpa ragu-ragu dan penglibatan itu adalah sesuatu yang amat diingininya.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada FAM dalam membuat pertimbangan berkaitan dengan jawatan itu.

"Jika saya boleh bantu, saya bantu. Bergantung kepada persatuan tentang bagaimana mereka hendak saya bantu.

"Tidak semestinya saya perlu jadi Presiden FAM. Ada banyak cara," katanya.

Kerusi Presiden FAM mula menjadi tanda tanya selepas Tengku Abdullah Sultan Ibrahim mengumumkan hasrat untuk melepaskan jawatan yang disandang sejak 2014.

FAM beberapa kali berjaya memujuk Tengku Abdullah agar menangguhkan hasrat itu, dan badan induk itu menerusi satu mesyuarat khas mengambil keputusan untuk mempercepatkan Kongres Pemili­han pada tahun depan.

Dilaporkan setakat ini, beberapa nama di­sebut-sebut akan bersaing untuk jawatan Presiden FAM termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Selain Tony, seorang lagi tokoh korporat yang turut menjadi sebutan bagi jawatan tersebut adalah Datuk Seri Idris Jala.

Tags / Kata Kunci: Tony Fernandes , AirAsia , FAM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan