Wales Nyaris Dimalukan Georgia - Bola Sepak | mStar

Wales Nyaris Dimalukan Georgia

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

WALES bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 selepas terikat 1-1 dengan Georgia pada aksi peringkat Kumpulan D di Stadium Cardiff City, awal pagi Isnin.

Gareth Bale meletakkan pasukan tuan rumah di depan selepas menanduk masuk gol pertama pada minit ke-10.

Namun Georgia yang menduduki ranking ke-137 dunia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Tornike Okriashvili pada minit ke-57.

Wales nyaris dimalukan Georgia menerusi percubaan lewat Valeri Kazaichvili.

Namun mereka bernasib baik kerana percubaan itu terkena palang.

Anak buah Chris Coleman itu kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D susulan kemenangan Serbia dan Republik Ireland.

Meskipun Wales belum pernah tewas dalam tiga perlawanan terdahulu, setiap mata perlawanan yang dilepaskan boleh memusnahkan harapan untuk mara ke aksi Piala Dunia buat pertama kalinya sejak 1958.

"Saya fikir orang terlalu memberi tumpuan pada perlawanan ini kerana kami melepaskan dua mata dengan mudah.

"Kami kecewa. Dua perlawanan dalam empat hari bukan mudah tapi kami perlu harunginya.

"Sebaik sahaja kami menjaringkan gol kami perlu lebih waspada tapi kami leka. Kami nyaris kalah pada babak kedua," kata Coleman.

Wales akan bertemu Serbia pada 12 November ini manakala Georgia melayan kunjungan Moldova pada hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: Wales , Georgia , Kelayakan Piala Dunia 2018
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan