Sepanyol Benam Albania 2-0

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 7:26 AM

Costa meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

(Ubah saiz teks)

SEPANYOL berjaya mengatasi Albani 2-0 pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 peringkat Kumpulan G di Stadium Loro Borici, awal pagi Isnin.

Gol Sepanyol dijaringkan Diego Costa dan Nolito masing-masing pada minit ke-55 dan 63.

Namun di sebalik kemenangan itu, Sepanyol menerima tamparan hebat apabila kaptennya, Sergio Ramos bergelut dengan kecederaan lutut.

Pasukan tuan rumah berjaya mengawal ketat benteng pertahanan pada babak pertama apabila penjaga gol Etrit Berisha cemerlang menafikan percubaan Vitolo.

Namun kekebalan benteng pertahanan Albania akhirnya rapuh apabila Costa membuka jaringan awal pasukan lawan selepas memanfaatkan hantaran David Silva.

Nolito yang diturunkan dari bangku simpanan meletakkan Sepanyol di depan apabila merembat masuk gol kedua.

Kemenangan itu meletakkan Sepanyol di tangga teratas Kumpulan F berkongsi mata dengan Itali.

Ramos pula meninggalkan padang dalam keadaan terhincut-hincut ketika perlawanan berbaki 10 minit.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan