Pique Gantung But Bersama Sepanyol Selepas Piala Dunia 2018

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 7:46 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Barcelona, Gerard Pique mengumumkan dia akan bersara daripada tugas antarabangsa bersama Sepanyol selepas berakhirnya perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Keputusan itu dibuat selepas Pique mengakui 'letih' dengan kritikan penyokong terhadapnya.

Walaupun menjadi sebahagian daripada pemain yang mengukir kejayaan bersama Sepanyol, sentuhan Pique disambut dengan sorakan dan ejekan di kalangan penyokong pasukan itu.

Pique akan berusia 31 tahun ketika berakhirnya perlawanan di Rusia.

Dalam sidang media selepas Sepanyol menundukkan Albania 2-0, Pique mendedahkan nekad dengan keputusan tersebut selepas berfikir panjang mengenainya.

"Piala Dunia 2018 di Rusia merupakan penampilan terakhir saya bersama pasukan Sepanyol.

"Saya telah berfikir panjang mengenainya," kata Pique.

Malah semasa meraikan kemenangan ke atas Albania, ramai mempertikaikan bahagian lengan jersi yang dipakainya kerana tidak mempunyai lambang bendera Sepanyol.

Selepas dikritik hebat, Persatuan Bola Sepak Sepanyol mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan tindakan Pique.

Pique memakai jersi berlengan panjang sama seperti disarung kapten Sergio Ramos tetapi tiada lambang bendera negara itu.

Menurut kenyataan itu, Pique mengubah suai lengan jersi tersebut sama seperti pernah dilakukan pemain lain dalam pelbagai acara untuk keselesaan.

"Isu hari ini berkaitan lengan pada jersi yang saya pakai. Mereka berjaya membuatkan saya hilang rasa keterujaan untuk kembali ke sini. Walaupun saya akan berusia 31 tahun selepas aksi di Rusia, saya tetap akan pergi," kata Pique.







Tags / Kata Kunci: Gerard Pique , Sepanyol

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan