Diejek Penonton, Southgate Tampil Pertahan Rooney

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 5:50 PM

Southgate (kiri) bersama Rooney ketika sesi latihan England baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

GARETH Southgate tampil mempertahankan kaptennya, Wayne Rooney apabila sekumpulan penyokong mengejek nama pemain England itu sebelum mencatat kemenangan 2-0 ke atas Malta pada aksi Kelayakan Piala Dunia Kumpulan F awal pagi Ahad.

Ketika peranan dan posisi Rooney dalam skuad England hangat diperkatakan, skuad Three Lions bangkit mencatat kemenangan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Daniel Sturridge dan Dele Alli.

Southgate yang dilantik selaku pengurus sementara menggantikan Sam Allardyce agak kurang senang dengan sokongan negatif terhadap Rooney.




"Saya tidak faham mengenainya. Tetapi secara jelas ia adalah sebuah landskap terhadap bola sepak dan saya tidak pasti bagaimana untuk membantunya.

"Orang ramai akan melihat jumlah perlawanan dan penjaring England. Dan saya teringat kepada John Terry, Frank Lampard dan Ashley Cole.

"Ketika bersama England, mereka juga menerima pelbagai kritikan tetapi apabila kamu melihat jumlah kap yang dicatat, mereka merupakan pemain yang tetap bersama skuad ketika saat sukar.

"Minggu ini saya memberinya (Rooney) rekod kap untuk negara. Dia menghargainya dan bermain dengan penuh bangga," jelas Southgate.

Biarpun aksi Rooney terus dikritik ketika bersama kelabnya Manchester United sehingga Jose Mourinho tidak menyenaraikan dalam barisan utama kelab, Southgate tetap memuji prestasi kaptennya yang kini mencatat 117 kap hanya berbeza lapan kap dengan pemegang rekod terbanyak iaitu penjaga gol Peter Shilton.

"Jose mempunyai pandangannya tersendiri untuk mantapkan skuadnya dan saya memilih pemain sendiri yang dianggap tepat berdasarkan keputusan hari ini," jelas Southgate.
Tags / Kata Kunci: Gareth Southgate , England , Wayne Rooney

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan