Malaysia Seri Tanpa Jaringan Dengan Singapura

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 7:01 AM

Pemain Malaysia Norshahrul Idlan Talaha (kiri) dan pemain Singapura, Juma'at Jantan cuba merebut bola pada perlawanan persahabatan Causeway Challenge yang berakhir dengan seri tanpa jaringan pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perlawanan persahabatan Causeway Challenge antara Malaysia dan Singapura berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Nasional Singapura, di sini Jumaat malam.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih pasukan Malaysia Datuk Ong Kim Swee berkata kesemua 17 pemain yang beraksi pada malam ini adalah yang terbaik pernah dikendalikannya.

"Kami bermain dengan baik pada babak kedua," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di sini. 

Apabila ditanya sama ada pasukan ini akan dikekalkan bagi menghadapi Piala Suzuki, Ong tidak dapat memberi kepastian kerana ada pemain yang mengalami kecederaan.

"Kita lihat apa yang berlaku nanti," katanya.

Malaysia melakukan enam pertukaran pemain sepanjang perlawanan malam ini termasuk Ketua Pasukan Amri Yahyah selepas menerima dua kad kuning manakala Singapura hanya melakukan tiga pertukaran pemain sahaja.

Pada babak pertama perlawanan, Amri melakukan dua percubaan di luar kotak penalti tetapi gagal membolosi gawang lawan dan sepanjang perlawanan Singapura lebih banyak menyerang dan menguasai permainan tetapi cubaan mereka mendapatkan gol dihampakan pertahanan Harimau Malaysia.

Sementara itu pengendali Singapura, V.Sundram Moorthy melihat permainan anak buahnya pada malam ini sebagai positif walaupun mereka dinafikan satu tendangan penalti. 

Perlawanan Causeway Challenge diadakan enam minggu sebelum Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asian bermula pada 19 November depan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Singapura , Causeway Challenge

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan