Anak Buah Bernhardt Jinak Brunei Di Paroi - Bola Sepak | mStar

Anak Buah Bernhardt Jinak Brunei Di Paroi

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 7:00 AM

Muhd Syafiq Ahmad (dua, kiri) meraikan jaringan gol kedua bersama rakan-rakan pada aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia B22 menentang Brunei Darussalam di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Dua gol dalam tempoh 10 minit oleh pemain gantian, Muhd Syafiq Ahmad sudah cukup buat skuad bawah 22 tahun (B-22) negara menewaskan pasukan kebangsaan Brunei 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di sini, malam Khamis.

Muhd Syafiq yang masuk menggantikan Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri pada babak kedua permainan bertindak cemerlang apabila pemain Kedah itu menjaringkan gol pada minit ke-73 dan 83.

Dalam aksi malam Khamis, strategi ketua jurulatih B-22 negara, Frank Bernhardt membariskan pemain baru berdepan pasukan kebangsaan Brunei, ternyata membuahkan hasil, sekali gus memberi petanda positif dalam persiapan menghadapi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

"Kita dapat lihat dua corak permainan yang berbeza pada setiap babak.Separuh masa pertama agak sukar dalam mendapatkan rentak yang dikehendaki.

"Masalah utama ialah mengumpulkan pemain agak lewat untuk mereka mencari keserasian. Jadi kita harus terima permainan yang agak kurang menarik pada babak pertama.

"Namun ia jauh berbeza pada separuh masa kedua apabila kita melakukan beberapa pertukaran, dan akhirnya di babak akhir permainan, kita mampu mencatat kemenangan," katanya.

Brunei yang membariskan skuad senior termasuk penjaring utama, Sharezan Said ternyata gagal menggugat gawang pasukan B-22 negara.

Pasukan pelawat hampir mengejutkan skuad negara seawal minit pertama, namun percubaan  mereka berjaya dipatahkan benteng pertahanan skuad muda kebangsaan.

Anak buah Bernhardt akan berdepan Brunei pada aksi persahabatan kedua pada Sabtu ini.

"Namun, pada aksi Sabtu ini kita bakal kehilangan enam atau tujuh pemain akibat kecederaan.

"Ini memberi peluang kepada pemain muda untuk mempamerkan kebolehan mereka dan memikat barisan jurulatih," katanya.

Dalam pada itu, penolong jurulatih Brunei, Ali Mustafa berkata walaupun tewas, anak buahnya telah menampilkan semangat yang tinggi sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan Piala AFF, bulan ini.

"Untuk perlawanan Sabtu ini, kami akan cuba memperbaiki kelemahan pada malam ini terutama di bahagian pertahanan," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan