De Rossi Bantu Itali Ikat Sepanyol 1-1

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 7:22 AM

De Rossi meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

(Ubah saiz teks)

SEPAKAN penalti Daniele De Rossi pada minit ke-82 membantu Itali mengikat Sepanyol 1-1 dan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2018.

Itali gagal memecah kebuntuan pada babak pertama manakala pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique melepaskan dua peluang keemasan di depan gawang yang dikawal ketat penjaga gol Gianluigi Buffon.

Namun pasukan pelawat bangkit menjaringkan gol menerusi percubaan Vitolo pada minit ke-55.

Pemain Sevilla itu nyaris menggandakan jaringan untuk Sepanyol tetapi rembatannya tersasar.

Itali melakukan asakan ketika perlawanan berbaki 20 minit menerusi gandingan mantap Ciro Immobile dan Andrea Belotti yang diturunkan dari bangku simpanan.

Pasukan tuan rumah akhirnya dihadiahkan sepakan penalti apabila Eder dijatuhkan Sergio Ramos di dalam kotak penalti.

De Rossi menyempurnakan sepakan penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Sepanyol, David De Gea.

Tags / Kata Kunci: Itali , Sepanyol , Piala Dunia 2018

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan