Pemain Man United Perlu Tangani Kritikan Mourinho

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 8:21 AM

Jose Mourinho. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

DECO menegaskan bahawa pemain Manchester United perlu berdepan dengan kritikan terbuka pengurus Jose Mourinho sekiranya mereka mahu terus berada di kelab itu.

Mourinho dilihat mengambil pendekatan di Old Trafford dengan kritikan panas sehingga tindakan itu dipersoalkan.

Antaranya apabila Manchester United ditewaskan oleh Watford buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Kejayaan Watford membenam United 3-1 itu juga sekaligus menyaksikan kekalahan ketiga berturut-turut pasukan yang dikendalikan Mourinho.

Bekas bintang Chelsea berusia 39 tahun itu mengakui berlakunya serangan terhadap Mourinho tetapi beliau percaya ia demi kebaikan buat para pemain dalam jangka panjang.

"Saya tidak suka jurulatih mengkritik saya," katanya berseloroh.

"Tetapi beliau (Mourinho) lebih berpengalaman daripada kita sebagai pemain dan kadang-kadang beliau melakukannya bukan untuk memberi tekanan kepada pemain tetapi mahu memberikan kelainan.

"Beliau lebih mengetahui daripada kita. Beliau bersama mereka setiap hari dan sudah tentu para pemain tidak menyukainya, tetapi kadang-kadang langkah itu berhasil."

Bercakap di Stamford Bridge sempena kejohanan bola sepak Star Sixes pada Rabu, Deco berkata: "Di Porto, kadang-kadang secara terbuka beliau melakukan perkara yang sama. Ia merupakan sebahagian daripada tugasnya, beliau tahu kadang-kadang reaksi pemain berbeza."

Deco juga merupakan bekas pemain Porto beberapa tahun sekitar 2004 yang mana ketika itu Mourinho berperanan sebagai jurulatih.

"Bila anda kalah dan bila anda tidak bermain dengan baik, anda perlu perbaikinya.

"Sama ada jurulatih mengatakannya kepada media atau di bilik persalinan, ia adalah perkara yang sama. Bila pasukan tidak bermain dengan baik, semua orang tahu mereka perlu melakukan dengan lebih baik selepas itu.

"Mungkin Jose tahu bahawa bila mereka kalah dalam beberapa permainan, mereka perlu perbaiki. Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah," ujar Deco. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan