Guidolin Dipecat Pada Sambutan Hari Lahir Ke-61

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Kekalahan Swansea City ketika menentang Liverpool minggu lalu mengakibatkan pengendalinya, Francesco Guidolin dipecat.

Tambah menyedihkan apabila berita itu diterima pengendali dari Itali itu pada sambutan hari kelahirannya yang ke 61 tahun.

Swansea City tunduk 2-1 kepada Liverpool pada aksi yang berlangsung Sabtu lalu.

Susulan itu, pengurusan pasukan itu melantik bekas pengendali Amerika Syarikat (AS), Bob Bradley sebagai pengurus baharu.

Mereka kini terus bergelut di zon penyingkiran dengan sekadar mencatat satu kemenangan daripada tujuh perlawanan liga setakat ini. 

Guidolin sebelum ini menyelamatkan kempen Swansea daripada tersingkir selepas menyertai kelab selatan Wales itu pada Januari lalu dan diberikan tambahan kontrak selama dua tahun pada akhir musim lalu. 

Tetapi konsortium dari Amerika Syarikat yang diketuai Stephen Kaplan dan Jason Levien terus berkira-kira untuk memecatnya sejurus mengambil alih pada Julai lalu selepas prestasi goyah kelab terbabit. 

Selepas menewaskan Burnley pada hari pertama musim, Swansea gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan Liga Inggeris, termasuk tiga kekalahan berturut-turut. 

Ia cukup untuk menjadi alasan kukuh buat mereka memecatnya dan menggantikan dengan pengendali dari negara sendiri. 

"Ia bukannya mudah menukar pengurus, tetapi kami melihat kepada pelantikan jangka masa panjang dan kami yakin Bob boleh menstabilkan keadaan di dalam mahupun luar padang," kata pengarah Swansea, Huw Jenkins. - AFP





Tags / Kata Kunci: Guidolin , Liverpool , Swansea City

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan