Azmeer Yusof Tekad Bantu Kedah Ke Final Piala Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN kiri Kedah, Azmeer Yusof bersedia untuk berjuang habis-habisan selepas diberi kepercayaan untuk kembali di atas padang bagi memastikan skuad hijau kuning tidak terlepas melangkah ke final Piala Malaysia.

Azmeer yang merupakan pemain simpanan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu dibawa masuk bagi menggantikan Arif Farhan Md Isa yang mengalami kecederaan.

Pemain kelahiran Taiping, Perak itu direhatkan selepas mengalami kecederaan sebelum posisinya diambil alih oleh Arif Farhan yang turut cemerlang mempertahankan benteng Kedah.

Menurutnya, setiap pemain Kedah yang mengalami kecederaan tidak mudah untuk kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama kerana perlu bersaing bagi mendapat tempat.

Jelasnya, persaingan sihat itu merupakan perkara positif bagi memastikan skuad utama Kedah berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk memburu kejuaraan.

"Semasa bertemu PDRM, saya rasa sedih melihat Ariff Farhan diusung keluar setelah mengalami kecederaan di bahagian lututnya, tapi inilah risiko ketika berjuang dalam bola sepak.

"Kini saya akan pastikan kepercayaan yang diberikan jurulatih dibalas dengan aksi yang lebih baik dan memastikan Kedah ke final Piala Malaysia.

"Saya akui bukan mudah untuk beraksi di peringkat seperti ini, tekanan memang tinggi dan saya juga agak gugup.

"Tapi In Sha Allah dengan bimbingan dan nasihat daripada Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe serta rakan sepasukan lain, saya akan berusaha sebaik mungkin," katanya kepada mStar Online.

Azmeer menambah, dalam separuh akhir pertama, skuad PDRM telah melakukan pelbagai cara untuk menutup setiap ruang bagi menghalang kemaraan pemain Kedah.

Tambahnya, bagaimanapun barisan serangan dan pemain tengah berjaya mencipta peluang dan menghasilkan dua gol.

"Saya yakin prestasi pasukan akan lebih baik menjelang separuh akhir kedua kerana Bang Seung Hwan yang turut mengalami kecederaan akan kembali pulih bagi memastikan benteng kita ampuh.

"Penyerang utama, Shane Smeltz juga kurang sihat kerana keracunan makanan pada Sabtu lalu dan dalam perlawanan akan datang dia pasti ingin membuktikan bisanya sebagai pemain berpengalaman," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , Kedah , PDRM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan