Carzola Mahu Kekal Bersama Arsenal

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

MASA DEPAN pemain lincah Arsenal, Santi Carzola bersama The Gunners kelihatan samar apabila kelab London itu masih belum menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Kontrak pemain berusia 31 tahun itu akan tamat pada hujung musim ini dan dia bebas untuk menandatangani pra-kontrak bersama kelab lain jika masih belum menerima sebarang tawaran daripada Arsenal.

Namun pemain kelahiran Sepanyol itu mengakui dia mahu kekal bersama Arsenal dan sedia menyambung khidmat dengan The Gunnners.

Carzola sudah bersama Arsenal selama lima musim dan masih menjadi pilihan Arsene Wenger untuk mengemudi bahagian tengah walaupun terpaksa berebut tempat dengan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil.

"Saya berharap dapat kekal di sini (Arsenal) dan terus bermain.

"Saya gembira di sini dan sebagai pemain saya mahu terus beraksi dan menjadi sebahagian daripada pasukan.

"Mujur sejak saya tiba di Arsenal, saya mendapat keyakinan daripada jurulatih dan rakan sepasukan.

"Jika saya tidak bermain, mungkin saya bersedia berpindah ke kelab lain.

"Saya masih mempunyai baki kontrak sehingga musim ini dan perlu menunggu maklum balas kelab terhadap masa depan saya.

"Saya juga akan memikirkan masa depan yang terbaik buat diri," katanya kepada radio tempatan Sepanyol, Cadena SER.


Tags / Kata Kunci: Santi Carzola , Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan