Rooney Tetap Kapten - Mourinho

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Manchester United, Wayne Rooney mungkin kehilangan tempat dalam kesebelasan utama ekoran prestasi buruknya pada awal musim ini, tetapi pengurus kelab berkenaan, Jose Mourinho memberi jaminan bahawa pemain itu masih diberikan kepercayaan selaku kapten pasukan.

Dua perlawanan sebelum ini menyaksikan Rooney sekadar dimasukkan sebagai pemain gantian ketika Red Devils menang ke atas Leicester City dan Zorya Luhansk.

Perkembangan itu mencetuskan tanda tanya samada pemain berusia 30 tahun tersebut akan kehilangan status sebagai kapten pasukan.

Bagaimanapun menjelang aksi menentang Stoke City pada Ahad, Mourinho memberikan kenyataan yang melegakan Rooney apabila dia memberi jaminan status tersebut tidak akan berubah.

"Rooney tetap kapten tidak kira apa pun berlaku.

"Sama ada dia bermain atau tidak, dia tetap kapten pilihan saya, kapten kelab dan kapten pasukan.

"Sukar untuk menjadi kapten kepada semua orang. Rooney sangat dihormati dan disokong oleh semua pihak.

"Dia sangat profesional dan mahu menang. Sudah semestinya dia akan gembira apabila menjaringkan gol.

"Rooney juga selalu berkomunikasi dengan pemain dan memberi semangat kepada mereka.

"Dia pasti menjaringkan gol semula dan berusaha keras untuk pasukan. Saya tidak pernah meraguinya," kata Mourinho.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan