Prandelli Sah Pengurus Baharu Valencia

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 7:50 AM

Prandelli (kiri) akan diperkenalkan kepada media pada Isnin ini.

(Ubah saiz teks)

BEKAS Pengurus Itali, Cesare Prandelli akan mengambil alih Valencia selepas menandatangani kontrak dengan pasukan La Liga itu sehingga 2018.

Prandelli mengadakan rundingan dengan Valencia pada minggu lalu dan perjanjian itu dimuktamadkan dengan presiden kelab berkenaan, Lay Hoon Chan pada Sabtu.

Pengurus berusia 59 tahun itu akan menyaksikan pertembungan Valencia menentang Atletico Madrid di Stadium Mestalla pada Ahad sebelum diperkenalkan kepada media Isnin ini selepas mengadakan sesi latihan pertama bersama pasukan tersebut.

"Saya amat gembira berada di Valencia, sebuah kelab yang hebat. Saya tidak sabar untuk memulakan karier saya di sini," kata Prandelli.

Pengurus sementara Voro Gonzalex yang mengemudi Valencia menundukkan Alaves dan Leganes sejak pemecatan Pako Ayestaran akan memimpin pasukan tuan rumah itu melayan kunjungan Atletico pada Ahad.

Valencia menduduki tangga ke-15 La Liga dengan mengutip enam mata daripada enam perlawanan setakat ini.

Prandelli merupakan pengurus kelapan Valencia sejak kelab itu berpisah dengan Unai Emery pada 2012.

Bekas pengurus Lecce sejak hampir dua dekad itu juga pernah memimpin Fiorentina antara 2005 dan 2010 sebelum dilantik menjadi pengurus Itali di mana skuad kebangsaan tersebut mara ke pusingan akhir Euro 2012 tetapi tewas 0-4 di tangan Sepanyol.

Prandelli turut pernah dilantik sebagai Pengurus Galatasaray pada Julai 2014 tetapi dipecat kelab Turki itu empat bulan kemudian.






Tags / Kata Kunci: Cesare Prandelli , Valencia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan