Chelsea Tamat Kemarau Kemenangan

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

WILLIAN dan Diego Costa masing-masing menjaringkan gol untuk Chelsea bagi menamatkan kemarau kemenangan pasukan itu dalam empat perlawanan apabila menewaskan Hull City 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium KCOM, awal pagi Ahad.

Chelsea yang turun ke gelanggang lawan kelihatan sedikit tertekan selepas menanggung kekecewaan apabila tewas di tangan Liverpool, bulan lalu.

Namun Pengurus Antonio Conte menukar taktik pertahanan sebagaimana yang pernah digunakannya semasa membimbing Juventus dan Itali.

Willian merembat masuk gol pembukaan pada minit ke-61 yang gagal dinafikan penjaga gol Hull, David Marshall.

Enam minit kemudian, Diego Costa menjaringkan gol kedua sekali gus memberi tiga mata penuh kepada Chelsea.

Hull mempunyai beberapa peluang terbaik pada babak pertama menerusi sepakan percuma Robert Snodgrass dan Ryan Mason tetapi sedikit tersasar.

Dengan kemenangan itu, Chelsea naik ke tangga keenam dengan mengutip 13 mata.

Hull pula turun ke kedudukan 15 apabila sekadar mengumpul tujuh mata daripada tujuh perlawanan setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Liga Perdana Inggeris

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan