Zlatan Tolak Tawaran RM462 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

MINO Raiola, ejen kepada bintang Manchester United, Zlatan Ibrahimovich mendedahkan pemain kelahiran Sweden itu menolak tawaran kontrak bernilai 100 juta euro (RM463 juta) daripada sebuah kelab China sebelum menyertai kelab England itu.

Menurut Raiola kepada akhbar Itali, Il Giornale pada Jumaat, Zlatan membuat keputusan yang mudah untuk menyertai Manchester United kerana mahu terus bersaing dalam perlawanan tahap tertinggi di Eropah.

Pemain berusia 34 tahun itu berpindah ke Old Traford pada musim ini selepas kontraknya bersama Paris Saint-Germaain tamat.

Malah Zlatan tidak menunggu lama untuk mencipta nama di England apabila sudah menjaringkan enam gol daripada 10 perlawanan.

"Zlatan merupakan pemain terbaik. Dia menolak tawaran lumayan daripada kelab China.

"Dia tidak mahu wang, tetapi dia mahu kemenangan.

"Saya rasa bertuah kerana menguruskan pemain bertaraf juara. Zlatan, Pavel Nedved, Maxwell dan kini Blaise Matuidi and Gianluigi Donnarumma," kata Raiola.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan