Wenger Penuhi Kriteria England

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 8:00 AM

Arsene Wenger.

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger menepati kriteria untuk menjadi pengurus England yang baharu, kata Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak England (FA), Martin Glenn.

Pengurus Arsenal itu yang kontraknya akan berakhir pada musim ini berkata beliau terbuka untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Glenn berkata FA tidak menetapkan syarat bahawa pengurus England seharusnya lelaki berbangsa Inggeris.

Sam Allardyce meletak jawatan daripada skuad The Three Lions pada Selasa berikutan komen kontroversinya yang dirakamkan oleh wartawan Daily Telegraph tanpa disedarinya.

Allardyce terperangkap apabila dirakam secara rahsia oleh wartawan tersebut ketika dia memberi panduan bagaimana untuk mengelakkan peraturan perpindahan, mengkritik keputusan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) untuk membina semula Stadium Wembley dan mengolok-olokkan pengurus sebelum beliau, Roy Hodgson.

Allardyce berkata beliau amat kecewa kerana terpaksa meninggalkan pasukan itu dan memohon maaf di atas kenyataan memalukan dirinya yang berjaya dirakam wartawan akhbar tersebut.

Wenger dilantik sebagai Pengurus Arsenal pada 1996 dan memenangi tiga trofi Liga Perdana Inggeris dan enam Piala FA sepanjang tempoh mengemudi pasukan itu.

Kontrak pengurus berusia 66 itu bersama Arsenal akan berakhir pada Mei tahun depan.

Dia merupakan calon pilihan ketiga untuk jawatan di England.

Buat masa ini, England dikemudi pengurus sementara, Gareth Southgate yang bertanggungjawab memimpin skuad kebangsaan itu dalam empat perlawanan antarabangsa yang akan datang.

Glenn berkata Wenger antara beberapa pengurus yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkualiti yang dikehendaki England.

"Jika saya bebas satu hari nanti, mengapa tidak?," kata Wenger ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan beliau akan mengambil alih tugas di England pada Jumaat.


Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , England

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan