Kedah Harap Dua Tonggak Pulih Pada Aksi Kedua

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 1:05 PM

Pemain Kedah, Thiago Agusto meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pertama pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada 30 September 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Skuad Kedah mengharapkan tempoh dua minggu sebelum aksi separuh akhir kedua bola sepak Piala Malaysia cukup untuk membolehkan tonggak mereka, Syazwan Zainon dan Bang Sunghwan sembuh daripada kecederaan.

Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe berkata beliau memerlukan barisan terbaiknya dalam perlawanan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat lawan pada 15 Okt nanti, bagi memastikan skuad Lang Merah mara ke final untuk kali kedua berturut-turut.

"Kita ada tempoh dua minggu untuk mempersiapkan pasukan dan pemain yang mengalami kecederaan diharap dapat pulih sepenuhnya.

"Saya harap pemain dapat lakukan yang terbaik serta mengikut strategi yang akan diatur untuk perlawanan timbal balik itu nanti," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat malam.

Kedah menang 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, di sini malam tadi menerusi Thiago Augusto pada minit ke-7 dan Liridon Krasniqi, 10 minit sebelum permainan tamat manakala Guilherme De Paula menyumbang gol PDRM pada minit ke-12. Kesemua gol diperoleh menerusi sepakan penalti.

Mengulas perlawanan malam tadi, Cheng Hoe mengakui gol penyamaan PDRM sedikit sebanyak mengganggu moral pemainnya sehingga terpaksa menunggu hingga babak akhir permainan untuk mendapatkan gol kemenangan.

"Saya mahu pemain tampil dengan minda yang lebih segar selepas ini bagi memastikan mereka dapat mengikut strategi permainan yang akan dirancang.

Berkelebihan satu gol memang kita tidak selesa...kita perlu menang pada separuh akhir kedua nanti.

"Kami hanya selangkah lagi ke final dan saya menaruh harapan tinggi kepada pemain untuk menang apabila bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih PDRM, Mohd Fauzi Pilus berkata kesilapan penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli mengundang padah sehingga pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang memberi kemenangan kepada Kedah.

"Haziq masih terlalu muda dan kita yakin kepadanya untuk berada di benteng akhir. Kita akan buat penilaian terhadapnya sebagai persediaan untuk perlawanan separuh akhir kedua nanti," katanya.

Menurut Mohd Fauzi, tumpuan sekarang adalah memperbaiki kelemahan dalam pasukan itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PDRM di laman sendiri, sekali gus mencipta sejarah mara ke final Piala Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala Malaysia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan