Kedah Menang Tipis Atasi PDRM

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 7:00 AM

Agusto (kanan) diasak oleh dua pertahanan pasukan PDRM pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah gagal memperoleh bekalan gol yang selesa apabila hanya menang tipis 2-1 ke atas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di sini, malam Jumaat.

Kesemua gol pada perlawanan tersebut diperoleh menerusi sepakan penalti.

Pemain import Kedah dari Kosovo, Liridon Krasniqi muncul wira skuad Helang Merah apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-80.

Kedah memperoleh penalti selepas Thiago Augusto Fernandes dikasari oleh penjaga gol PDRM, Muhammad Haziq Nadzli dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, Kedah membuka gelanggang dengan gol pembukaan seawal minit ketujuh oleh Augusto selepas pemain import dari Brazil itu dikasari oleh pertahanan lawan dalam kawasan kotak penalti.

Kegembiraan ribuan penonton di stadium tidak lama apabila PDRM menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi penyerang berbisa, Guilherme De Paula.

Pemain import dari Brazil itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12, selepas Bang Seungwhan mengasari Christopher Keli dalam kotak penalti.

Kedah dengan kelebihan satu gol akan bertemu dengan PDRM pada aksi separuh kedua di Stadium Hang Jebat, Melaka, 15 Oktober ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kedah , PDRM , Piala Malaysia

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan