"Lepaskan Saya Secara Baik" - Vida

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 8:03 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meminta supaya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) 'melepaskannya' sebagai penaja secara baik kerana mendakwa kedua-dua pihak ada melakukan kesilapan dalam mematuhi perjanjian kontrak.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida berkata beliau enggan mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya mahu rundingan bersama diadakan segera agar kedua-dua pihak mencapai situasi menang-menang.

"Daripada timbul masalah pada masa akan datang lebih baik saya dilepaskan secara baik. Kalau boleh saya tak nak isu ini berpanjangan kerana kedua-dua pihak ada kesilapan masing-masing.

"Biarlah kita duduk semeja berunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik macam peribahasa bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung tidak berserak, " katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Vida berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa yang menegaskan penaja utama skuad The Red Warriors itu perlu menghormati kontrak sedia ada dan tidak seharusnya membangkitkan soal penamatan penajaannya.

Jelas usahawan kelahiran Machang itu beliau tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mengakui Kafa turut tidak memenuhi sebahagian 35 syarat yang ditetapkannya sebagai syarat penajaannya pada awal musim.

"Saya ada berhubung dengan peguam bertanyakan mengenai situasi ini. Kalau nak kata saya langgar kontrak, mereka (Kafa) pun begitu, tidak semua syarat saya dipenuhi.

"Tapi tak eloklah nak dedahkan kekurangan masing-masing kerana hubungan kami ibarat 'suami isteri' jika ada masalah biarlah diselesaikan secara berdua. Itu lebih baik," katanya.

Terdahulu mStar Online melaporkan Vida mengakui sudah 'tawar hati' untuk meneruskan tajaannya terhadap Kelantan musim depan susulan prestasi mengecewakan pasukan itu selain pelaburannya tidak menampakkan pulangan positif.

Justeru, beliau merancang untuk menghentikan tajaan lebih awal berbanding tempoh sebenar dua musim.

Pada awal tahun ini, Vida membuat kejutan apabila bersetuju untuk menaja pasukan Kelantan selama dua musim sebanyak RM16 juta dengan mengenakan 35 syarat.


Tags / Kata Kunci: Datuk Vida , Kafa , Kelantan , tajaan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan