Dua Gol Walcott Bantu Arsenal Benam Basel

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 7:56 AM

(Ubah saiz teks)

THEO Walcott berada pada prestasi terbaiknya apabila membantu Arsenal menundukkan Basel 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara Kumpulan A di Stadium Emirates, awal pagi Khamis.

Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan dua gol berharga tersebut masing-masing pada babak masa pertama.

Pasukan tuan rumah mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi percubaan Alexis Sanchez tidak berjaya.

Pada masa sama Mesut Ozil, Santi Carzola dan pemain gantian Alex Oxlade-Chamberlain boleh meletakkan Arsenal di kedudukan selesa tetapi percubaan mereka berjaya dinafikan pasukan pelawat.

Usaha penjaga gol Basel, Tomas Vaclik perlu diberi pujian apabila tampil cemerlang menafikan beberapa percubaan Arsenal di hadapan gawang.

Arsenal yang menduduki tempat kedua kumpulan A berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengutip empat mata daripada dua perlawanan.

Paris Saint Germain pula mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Ludogorets Razgrad dan berada di tangga teratas kumpulan A.

Tags / Kata Kunci: Theo Walcott , Arsenal , Liga Juara-Juara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan