Celtic Ikat City 3-3

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 7:17 AM

Dembele meraikan gol jaringannya.

(Ubah saiz teks)

REKOD tanpa kalah Pep Guardiola bersama Manchester City berjaya dileburkan apabila Moussa Dembele membantu Celtic mengikat kelab gergasi Inggeris itu pada aksi Liga Juara-Juara Kumpulan C di Celtic Park, awal pagi Khamis.

Dalam aksi penuh dramatik itu, Celtic bermula cemerlang apabila Dembele menjaringkan gol pembukaan pada minit ketiga sebelum Luis Fernandinho menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-20, Raheem Sterling melakukan kesilapan sekali gus memberi gol percuma kepada pasukan tuan rumah selepas sepakannya menerjah masuk ke gawang sendiri.

Sterling bangkit menebus kesilapannya dengan menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-28.

Namun Celtic terus mengganas apabila Dembele menjaringkan gol ketiga pada minit ke-47.

City melakukan asakan balas pada minit ke-55 menerusi Manuel Agudo Nolito.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk menang tetapi kedudukan kekal 3-3 sehingga tamat perlawanan masa sebenar.

Celtic menjadi pasukan pertama pada musim ini menafikan peluang City untuk terus mengekalkan rekod kemenangan.

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona menduduki tangga teratas kumpulan C selepas berjaya menundukkan Borussia Moenchengladbach.

City pula di tempat kedua dengan mengutip empat mata daripada dua perlawanan manakala Celtic menduduki tangga ketiga di depan Moenchengladbach.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Celtic , Liga Juara-Juara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan