Zidane Kurang Senang Real Madrid Seri Tiga Kali Berturut-Turut

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 8:23 AM

Zinedine Zidane

(Ubah saiz teks)

JURULATIH Real Madrid, Zinedine Zidane, kecewa dan kurang senang setelah skuad bimbingannya hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Borussia Dortmund dalam perlawanan peringkat kumpulan F, Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Madrid sempat mendahului melalui gol Cristiano Ronaldo hasil serangan balas, namun disamakan Pierre-Emerick Aubameyang akibat kesilapan Keylor Navas.

Sepakan jarak dekat Raphael Varane bagaimanapun mengubah kedudukan menjadi 2-1, namun Andre Schurrle berjaya mengikat kedudukan 2-2, hanya tiga minit sebelum tamat 90 ninit.

Keputusan seri ini adalah yang ketiga berturut-turut dicatatkan Madrid dalam masa lapan hari setelah sebelum ini seri dengan Villarreal dan Las Palmas di La Liga.

Zidane dalam sidang media selepas perlawanan berkata dia bangga dengan persembahan Madrid yang disifatkannya layak menang dengan Dortmund.

"Saya berasa 'kacau' kerana kami telah bermain dengan hebat, setiap orang menunjukkan usaha untuk serangan dan pertahanan.

"Kami bermain seperti mana yang diharapkan. Tetapi pada akhirnya, ia sama juga, ini adalah permainan ketiga berturut-turut (seri).

"Saya rasa ini tidak baik untuk pemain, mereka tidak layak untuk keputusan ini. Ia bukan satu keputusan tidak baik, tetapi sedang mendahului 2-1, tetapi tidak pada tiga minit sebelum tamat. Perasaan anda akan jadi kacau," memetik ESPN.


Zidane berkata pemainnya tidak mengulangi kesalahan sama ketika menentang Las Palmas minggu lalu, namun dia juga mengakui melawan Dortmund bukan sesuatu yang mudah.

"Ketika berdepan Las Palmas kami kurang tumpuan.

"Hari ini ia tidak berlaku. Dari minit pertama hingga ke-90 kami melakukan tugas dengan baik.

"Pada babak pertama kami berdepan dengan serangan-serangan mereka, tetapi ini perkara biasa di sini, di stadium ini. Kemudian mendahului 2-1, tiga minit sebelum tamat, ia adalah sukar. Tetapi kita akan teruskan usaha dan akan mengubahnya."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan