Sam Allardyce Lepas Jawatan Pengurus England

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 7:46 AM

Sam Allardyce

(Ubah saiz teks)

KEDUDUKAN Sam Allardyce sebagai pengurus pasukan kebangsaan England berakhir malam Selasa apabila dia dipercayai menawarkan diri meletak jawatan berbanding dipecat hanya selepas 67 hari bersama pasukan itu.

Persatuan Bola Sepak (FA) England mengutuk Allardyce kerana tingkah lakunya yang 'tidak wajar' dan sebagai 'pertimbangan kepada satu kesilapan serius'.

Pengurus berusia 61 tahun itu telah dipanggil ke Wembley pada Selasa selepas dia dirakamkan memberi nasihat kepada seorang lelaki yang mendakwa merupakan wakil sebuah syarikat dari Asia Timur, tetapi sebenarnya wartawan yang melakukan penyamaran.

Allardyce dipercayai menggunakan kedudukannnya sebagai pengurus England untuk berunding dalam perjanjian bernilai 400,000 pound (RM2.1 juta) selain menunjukkan cara melepasi undang-undang FA England dalam hal perpindahan pemain.

Allardyce telah berdepan sesi soal siasat terperinci oleh Pengerusi FA Greg Clarke dan Ketua Eksekutif Martin Glenn, walaupun difahamkan Glenn dan Pengarah Teknikal FA, Dan Ashworth enggan kehilangan pengurus mereka yang hanya dilantik pada Julai lalu.

Antara detik rakaman video yang didedahkan oleh wartawan akhbar 'The Telegraph'. -AGENSI

Sementara FA memulakan pencarian pengurus baharu England. Untuk sementara waktu Pengurus Pasukan B-21 England, Gareth Southgate akan mengambil alih pasukan senior bagi menempuh empat perlawanan seterusnya menentang Malta, Slovenia, Scotland dan Sepanyol.

FA turut mengeluarkan satu pengumuman rasmi mengenai masa depan Allardyce.

"FA mengesahkan Sam Allardyce telah meninggalkan jawatannya sebagai pengurus England.

"Tindakan Allardyce, seperti yang dilaporkan adalah tidak wajar sebagai pengurus England. Dia menerima penilaian kesilapannya dan telah memohon maaf. Bagaimanapun, melihat betapa seriusnya kesilapan tersebut, FA dan Allardyce membuat keputusan bersama untuk menamatkan kontraknya serta merta.

"Ini bukan satu tindakan yang dipandang ringan oleh FA namun FA mempunyai kepentingan untuk melindungi kepentingan sukan bola sepak dan mengekalkan tahap tertinggi dalam bola sepak.

"Pengurus pasukan senior England adalah satu jawatan yang memerlukan seseorang menunjukkan kepimpinan tinggi dan menghormati permainan ini sepanjang masa.

"Gareth Southgate akan mengambil alih skuad senior untuk empat perlawanan seterusnya menentang Malta, Slovenia, Scotland dan Sepanyol sementara FA memulakan pencarian pengurus England baru.

"FA mengucapkan selamat berjaya kepada Sam di masa hadapan."

Tags / Kata Kunci: Sam Allardyce , FA England , Gareth Southgate

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan