PPBN: Skuad B-14 Timba Pengalaman Di Thailand

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Bawah 14 Tahun (B-14) B sekali lagi diberi peluang mendapatkan pendedahan di luar negara bagi tahun ini selepas beraksi di Brunei Julai lalu.

Skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail itu bakal berada di Thailand bermula 11-14 Oktober ini bagi menyertai Piala Juara-Juara Antarabangsa CP Meiji Bawah 14 Tahun anjuran kelab Liga Perdana Thailand (TPL), Buriram United.

Menurut Wan Rohaimi, seramai 18 pemain terpilih bagi menyertai kejohanan tahunan di Thailand itu.

"Sebelum ini kita beraksi di atas tiket pasukan jemputan pada kejohanan itu, tetapi tahun ini saya gembira pemain-pemain diberi peluang untuk sama-sama bertanding.

"Aksi di Thailand ini merupakan sebahagian daripada persediaan mereka menyertai Kejohanan Piala Supermokh pada Disember ini," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Foto kredit: PPBN

Wan Rohami yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, prestasi skuadnya itu berada dalam situasi yang baik selepas kembali dari Festival Bola Sepak Serantau B-14 anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Brunei baru-baru ini.

"Dua lagi skuad muda B-14 Tahun (A) dan skuad B-13 tahun kini berapa di Korea Selatan menjalani latihan serta perlawanan persahabatan dan India menyertai jemputan Piala Subroto.

"Di Thailand nanti, saya tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan cabaran agak sengit berdasar pasukan-pasukan yang terlibat termasuk Jubilo Iwata (Jepun) dan skuad remaja kebangsaan Laos.

"Aksi ini bagi mempertajamkan lagi corak permainan mereka serta mampu menggunakan ilmu yang diajar dengan baik," tambahnya.

Selain itu, Wan Rohaimi turut berkongsi perkembangan bekas penjaga gol B-14, Frenz United, Melvin yang kini sedang menjalani latihan bersama skuadnya.

"Minggu ketiga Melvin bersama skuad ini dan dia masih dalam  proses untuk menyesuaikan diri dan dia masih ada masa lagi untuk terus meningkatkan prestasinya," ujar jurulatih berusia 40 tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Wan Rohaimi Wan Ismail

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan