Sam Allardyce, "Pendosa Besar" Bola Sepak England

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 9:48 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sam Allardyce dipercayai menggunakan kedudukannnya sebagai pengurus England untuk berunding dalam perjanjian bernilai 400,000 pound (RM2.1 juta) selain menunjukkan cara melepasi undang-undang Persatuan Bola Sepak (FA) England dalam hal perpindahan pemain.

Berdasarkan laporan eksklusif akhbar The Telegraph, sebelum Allardyce memulakan latihan pertama bersama skuad England, dia dirakamkan memberi nasihat kepada seorang lelaki yang mendakwa merupakan wakil sebuah syarikat dari Asia Timur, tetapi sebenarnya wartawan yang melakukan penyamaran.

Pengurus berusia 61 tahun itu yang dilantik membimbing skuad Three Lions pada Julai lalu, bersetuju untuk datang ke Singapura dan Hong Kong sebagai Duta syarikat itu dan mendedahkan bagaimana untuk mengelak tindakan FA yang melarang pihak ketiga 'memiliki' pemain bola sepak.

Dalam dua pertemuan selama empat jam itu, kali pertama pada Ogos dan kali kedua pada minggu lalu, Allardyce berkata kepada "ahli perniagaan" tersebut bahawa tiada masalah untuk melepasi undang-undang berkenaan yang diperkenalkan pada 2008.

Dalam rakaman video itu, dia mendakwa mengenali beberapa individu yang melakukan perkara tersebut setiap masa apabila melibatkan hal pemilikian pihak ketiga.

Malah dia dengan yakin berkata, perkara itu boleh dilakukan serta melibatkan keuntungan yang besar.

Pemilikan pihak ketiga dalam dunia bola sepak bermaksud 'perhambaan' iaitu melibatkan kuasa sesebuah syarikat untuk memiliki kepentingan dalam pemain tertentu.

FA mengharamkan amalan itu pada 2008 dan dituruti oleh badan bola sepak dunia, FIFA pada 2015.

Antara detik rakaman video yang didedahkan oleh wartawan akhbar The Telegraph. -AGENSI

Dalam pertemua berkenaan, Allardyce turut mempersendakan bekas pengurus England, Roy Hodgson dengan menggelarnya sebagai "Woy" dan mendakwa Hodgson tidak mempunyai personaliti di khalayak ramai.

Dia turut berkata, prestasi buruk pemain England disebabkan masalah psikologi.

Malah Allardyce mengkritik legenda Manchester United, Gary Neville yang merupakan pembantu Hodgson, memberi pengaruh yang salah dan sepatutnya duduk mendiamkan diri.

Sebagai bekas pengurus Bolton Wanderes kira-kira 10 tahun lalu, Allardyce pernah dituduh menerima rasuah daripada ejen untuk membeli pemain.

Rakaman secara rahsian ke atas dua ejen oleh BBC Panorama pada 2006, mendakwa mereka membayar Allardyce menerusi anak jurulatih tersebut, Craig yang juga merupakan ejen.

Namun Allardyce menafikan semua tuduhan itu.

Susulan pendedahan tersebut, FA England melancarkan siasatan terhadap bagi mengesahkan kes itu.

Pengerusinya, Greg Clarke berkata, beliau mahu semua fakta berhubung kes itu selain maklumat daripada semua pihak.

"Kami perlu menyiasat kes ini dengan lebih terperinci sebelum membuat keputusan," katanya.

Allardyce gagal dihubungi untuk mengulas lanjut perkara tersebut.



Tags / Kata Kunci: Sam Allardyce , FA England , FIFA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan