Mourinho Arah Rooney 'Tutup Mulut', Fokus Aksi Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 10:55 AM

Rooney dikatakan telah memarahi rakan sepasukanya ketika aksi bertemu Manchester City minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

BOS Manchester United, Jose Mourinho mengadakan pertemuan dua mata dengan Wayne Rooney ketika sesi latihan kelab tersebut.

Mourinho mengingatkan Rooney supaya berhenti mencari kesalahan pemain-pemain lain, sebaliknya perbaiki prestasi sendiri terlebih dahulu.

Kapten United itu tidak berada dalam skuad utama Mourinho ketika aksi menang 4-1 ke atas Leicester City Sabtu lalu.

Mourinho berkata, Rooney tidak boleh merungut terhadap pemain lain sehingga dia kembali menemui rentak permainannya.

Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu telah mengeluarkan perkataan keras terhadap rakan sepasukannya ketika kedudukan 1-2 pada separuh masa pertama perlawanan menentang Manchester City minggu lalu.

Namun Mourinho mengambil langkah bercakap dari hati ke hati dengan Rooney bahawa dia tidak boleh menyalahkan orang lain ketika tewas dalam aksi derby' itu sedangkan permainannya sendiri tidak cukup baik.

Mourinho memesan kepada Rooney supaya memberi fokus perbaiki prestasinya.

Bagaimana pun, Mourinho yakin Rooney akan diturunkan ketika aksi Liga Europa bertemu Zorya Luhansk Khamis ini, namun akan kembali di bangku simpanan apabila berkunjung ke Stoke pada Sabtu bagi aksi Liga Perdana.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan