Kafa Kekal Khidmat Popov Untuk 2017 - Annuar

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan khidmat Velizar Emilov Popov sebagai ketua jurulatih skuad The Red Warriors bagi musim hadapan, kata Presidennya Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata jurulatih kelahiran Bulgaria itu diberi kuasa penuh memilih pemain tempatan dan import serta pegawai untuk pasukan Kelantan pada musim depan.

"Bersembang panjang bersama Popov petang ini (semalam) dan mendengar laporan, teguran (dan) cadangan untuk The Red Warriors.

"Popov dilantik semula sebagai headcoach (ketua jurulatih) TRW (The Red Warriors) 2017... dan diberi kuasa penuh memilih pegawai dan pemain (import dan tempatan) untuk skuad 2017," katanya dalam entri di laman sosial Facebooknya lewat malam tadi.

Annuar berkata KAFA berpuas hati dengan komitmen Popov musim ini dan mahu jurulatih itu memilih sendiri barisan impiannya bagi memastikan 2017 adalah tahun gemilang buat Kelantan.

Sebelum ini, tersebar berita menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan Popov bakal meninggalkan The Red Warriors selepas kecewa kerana masih ada 'tangan ghaib' yang mencampuri urusan pasukan itu.

Selain itu, beberapa tonggak utama The Red Warriors dikatakan turut membayangkan hasrat berhijrah ke pasukan lain pada musim depan selepas kecewa dengan sistem dan pengurusan KAFA dalam beberapa perkara seperti pembayaran gaji.

Antara pemain yang disebut-sebut bakal 'angkat kaki' ialah Wan Zack Haikal Wan Noor yang akan berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Badri Mohd Radzi (Melaka United) dan Wan Zaharulnizam Wan Zakari (JDT atau Selangor).

Selain itu, Nor Farhan Muhammad (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United atau Kedah), Brendan Gan (JDT) dan Indra Putra Mahayuddin (T-Team).

Lebih memburukkan keadaan, khabar angin itu turut mendakwa penaja terbesar The Red Warriors, Vida Beauty Sdn Bhd turut mengambil keputusan tidak lagi menaja pasukan itu pada musim depan kerana kecewa dengan prestasi dan kemerosotan skuad tersebut.

Tags / Kata Kunci: Kafa , JDt , Kedah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan